Sunday, December 26, 2010

story :))

KASIH KU SAMPAI KE SYURGA



Malam itu cuaca begitu nyaman sekali . aku dan isteriku bersama duduk diluar beranda rumah sambil memandang keindahan ciptaan-NYA . tiba-tiba isteriku bertanya abang masih ingatkah lagi sewaktu perkenalan kita dahulu . kita bertemu di panggung wayang . ya abang masih ingat . jawab ku . abang masih ingat tak tajuk cerita itu . soal isteriku . ya abang masih ingat . filem ROMEO and Juliet ya sayang . betul abang , sayang harap cinta kita berkesudahan begitu . sayang nak sehidup semati dengan sayang . balas isteriku . aku hanya terdiam seketika . seraya itu isteriku berkata . kenapa abang diam membisu ? dan aku terus bagi jawapanku . sebenarnye abang tidak mahu sehidup semati dengan sayang . setelah mendengar jawapan dariku , ku lihat raut wajahnya berubah . ku lihat dipipinya sudah mengalir airmata . ternyata jawapan yang aku berikan itu telah menguris hati dan perasaanya . isteriku berkata , kenapa abang tidak mahu sehidup semati dengan ayang . ternyata isteriku inginkan penjelasan dariku .dan pada ketika itu , kedengaran azan menandakan waktu isyak sudah hampir . dan lantasku berkata kepada isteriku . sudahlah sayang , mari kita menunaikan solat dahulu . tidak elok kita melengahkannya . ternyata isteriku kecewa dengan jawapan yang kuberi . keesokkan harinya selepas kejadian malam semalam , hubungan kami menjadi dingin . isteriku bercakap bila perlu sahaja . aku tahu perubahan yang berlaku keatas isteriku . ku lihat ia selalu bersendirian dan termenung . ternyata ianya disebabkan jawapan yang kuberi semalam . selepas waktu makan malam , aku mengajak isteriku keluar beranda . mulanya dia keberatan untuk mengikuti . setelah ku ceritakan ada hal yang penting perlu diselesaikan antara kami . baru dia setuju . sesampainya ia diberanda , ku bertanya . sayang marahkan abang kerana jawapan yang abang berikan tempoh hari itu. isteriku hanya diam sahaja sambil menunduk wajahnye kebawah . terus ku berkata lagi , memang abang tidak mahu sehidup semati dengan sayang kerana .. belum sempat ku menghabiskan kata-kata ku lihat isteriku ingin meninggalkanku . lantas ku capai tangannya dan dapat kulihat airmata mengalir dipipinya . ku peluk dia dengan kasih sayang , laluku berkata dengar penjelasan abang dahulu sayang . memang abang tidak mahu sehidup semati dengan sayang . tapi , abang mahu hidup dengan sayang sampai ke syurgaNYA  . hanya itu abang mahu . abang tidak mahu cinta kita sehingga terhenti nafas kita sahaja . tapi abang harapkan cinta kita kekal selamanya disyurgaNYA . lantas ku melepaskan pelukan ku dan terus ku mengucup dahi isteri ku lalu mengatakan , SAYANG adalah isteri abang didunia ini dan SAYANG juga bidadari abang disyurgaNYA nanti . terus isteriku memelukku kembali , isteriku menanges kesyukuran , baginya kasih sayangku terhadapnya sungguh tidak dapat diucap dengan kata-kata . dan bagiku dialah isteriku didunia dan akhirat kelak . INSYA`ALLAH .   

ikhlas untuk cintakuhh ! wadi harap kita begini okey . wadi mencintai aien macam dialog diatas . haha ! sumpah tak tipu . 

No comments:

Post a Comment

Followers